Zariq Ramley
//Space
Aku lemah. Ya ALLAH !
Sabtu, 8 Mac 2014 | 10:42 PTG | 0 Galaxy(s)
Hari-hari demi hari ... aku merasakan hari ku semakin sunyi tanpa orang yang aku sayang .. adakah ini dugaan yang diturunkan oleh-NYA ? jika ini merupakan dugaan yang diberikan oleh ALLAH aku harus bersiap sedia menghadapinya walaupun aku harus bertemankan air mata darah sekali pun aku kena kuat , aku kena tabah .. Ya allah jangan kau biarkan aku tersungkur tanpa berjuang sedikit pun .. sakit yang aku rasakan kini semakin menular ke dalam jiwa ku .. aku lalai . aku alpa dengan kurnianmu .. aku terlalu sibuk nak menjaga hati orang disekeliling aku sehinggakan HATI yang kau kurniakan pada aku masih BERDARAH .. menjaga perasaan oraang yg tersayang walau hakikatnya perasaan sendiri terkontang-kanting... hancur berderai .. 

Di setiap hari-hari ku.. aku sentiasa menunggu orang yang aku sayang walaupun terpaksa bersengkang mata hingga ke subuh hari .. sentiasa meluangkan masa dengan orang yang aku sayang walau hakikatnya aku sedang sibuk .. sentiasa memahami walaupun terkadang aku tidak faham apa yang dia mahukan sebenarnya ..aku cuba sentiasa berada disisinya ketika dia memerlukan aku .. aku cuba memaafkannya dgn segera jika dia berbuat salah ..  aku hanya mampu pendam pendam dan pendam dan terus pendam dan akhirnya jiwa dan hati aku merintih dan terluka .. aku hanya takut aku terlalu memendam sehinggakan apa yang dipendam itu menjadi dendam dalam jiwaku dan ia menjadi duri dalam daging .. aku sudah memaafkan tapi hakikatnya hati aku masih berdarah dan luka di hati ini sudah meninggalkan parut yang mendalam . ya allah .. adakah peristiwa lalu akan berulang kembali .. kenapa aku sering di hantui masa lalu .. kenapa harus aku yang terus terluka terluka dan terluka .. 

Diriku ini hanya takut jika hati dan jiwa ini terlalu disakiti .. ia akan bertukar kepada diri di masa silam di mana aku menjadi seorang yang egois .. tidak pernah kesah tentang perasaan orang . tidak pernah kesah dengan hati orang kerana terlalu sibuk nak menjaga hati aku sendiri agar tidak terluka .. salahkah aku kerana berubah pada diri ku yang sekarang ? sanggup rendahkan ego bila berhadapan orang yang aku sayang .. sanggup melukakan hati sendiri demi menjaga hati dan perasaan orang yang aku sayang .. sanggup menyeksa diri sendiri kerana menunggu orang yang tidak pernah sedar keberadaan aku disisi dirinya .. aku diperlakukan seperti baju ya Allah .. kenapa sebegitu kejam .. bila aku bersih aku dicari-cari dan digunakan .. bila aku sudah kotor dan tidak berguna aku di buang dan tidak dipedulikan .. bila aku sdh bersih kembali aku diperlakukan sebegitu rupa .. apa salah aku sedangkan aku sanggup jaga hat org yang aku sayang . aku sanggup tunggu orang yang aku syg .. aku diamkan diriku aku pendam bila ada satu perkara yang menyakitkan aku sbb aku tidak mahu disebabkan perkara seperti itu kami jadi musnah .. tapi pernahkah dia sedar semua itu ? cuba tanya dia ! cuba kau tepuk dada kau ! tanya diri kau ! 

Siapa aku dalam hidup mu ? Siapa aku dalam hati mu ? Siapa aku di mata mu ? cakap ! cakap ! kenapa setiap kali aku bertanyakan jawapan sebegitu kau hanya memberikan jawapan manis ? tapi akhirnya kesilapan mu kau ulang kembali ? mana janji yang kau ucapkan dahalu ? mana ! mana ! apa salah aku :( apa salah aku :( kenapa kau buat aku macam ni .. tidak cukupkah di masa lalu kau perlakukan aku seperti pengemis ? sebegitu hina kau perlakukan aku .. tidak cukupkah kau buat aku mengemis rindu .. mengemis sayang dan mengemis kemanjaan dari mu ? pernahkah kau fikirkan air mata yang jatuh berderai di pipi ni ? pernah kah ? disetiap kali melihat wajah mu walau hanya dalam gambar air mata menitis satu persatu ... hati sering bertanya "kenapa ucapkan kata maaf jika kau menyakiti aku lagi ? apa yang kau nak ? kau nak lihat aku mati ? " 
Ya Allah ! apa yang harus aku buat .. apa yang harus aku perlakukan .. aku cuma tidak mahu ada orang yang sengsara hanya kerana aku .. cukuplah aku yang sengsara .. jangan orang yang aku sayang itu pula yang sengsara
Aku hanya mampu menitiskan air mata kerana mulut sudah tidak mampu nak meluahkan segalanya kerana mulut sudah terbiasa berdiam .. hati hanya mampu merintih kerana terlalu memendam .. jiwa hanya mampu menangis kerana terlalu diseksa dengan RINDU !! mata hanya mampu menangis kerana sudah tidak mampu menanggung perihnya ujian yang diturunkan .. ingin sahaja aku hilang tanpa dikesan seperti pesawat MH370 itu tapi aku tidak mamhu menyeksa orang yang aku sayang .. biarlah aku yang sengsara menanggung semua ini .. biarlah dia masih mampu berketawa .. apa yang aku ucapkan dianggap gampang .. tanpa dia ketahui aku menangis disaat mengucapkan rindu kepadanya .. jika ditakdirkan aku pergi dahulu bersama rindu ini.. biarlah dia tahu yang aku menyayanginya .. sayangg ? disaat awak membaca ini .. hati saya sedang terluka .. terluka sangat .. maafkan saya ... saya tidak mampu menahan air mata lagi .. ingat kali terakhir bila kita oncall ? awak nyanyikan lagu DISAAT SENDIRI ? air mata saya jatuh berderai disebabkan terlalu rindu .. sayang ? saya mohon awak tanya diri awak .. awak tanya hati awak .. awak tanya mata awak . siapa saya pada awak .. saya faham awak mungkin sedang busy tapi tanpa awak sedar awak buat saya tak ubah macam penunggu rindu .. maafkan saya .. saya tidak bermaksud melukai hati awak .. bagi saya masa ... terima kasih ..

<< | >>