ANAK HARAM ?
.jpg)
hmmmm well same as usual ... line mula meragam lagi ..terkadang aku rasa nak hentak je handphone tu .. tapi bukankah itu perbuatan bodoh disebabkan line bodoh .. handphone jadi mangsa . kalau rosak handphone tu padan dengan muka aku sendiri .. bodoh kan ? ehekleh mcm lah kau orang tak pernah buat . haha .. actually aku tak lah happy mana pun cuma ..... complicated ... hati rasa berat otak rasa buntu tapi tangan masih lincah menekan keyboard laptop . apakah itu ? gotcha . hilang arah -.- terkadang melihat kepada pancaindera dunia terasa tenang hati menikmati hijaunya hutan .. cerahnya langit dan birunya laut .. disebalik ketengan itu terselit sebuah perasaan yang di mana sukar untuk kita mentafsirnya .. tidak pernah sekali aku terfikir pasal seseorang yang lahir hanya mempunyai ibu tanpa seorang ayah .. i mean anak luar nikah .. entah kenapa malam ini hati aku tergerak nak berbicara tentang hal itu .. memang ia kelihatan seperti benda yang remeh tapi tahukah kamu benda itu lah benda yang paling ironi dalam zaman ini .. Lahir tanpa ayah yang bertanggungjawab dan lebih teruk disebabkan kebodohan lelaki dan perempuan yang tidak dpt mengawal nafsu si anak pula yang mendapat akibatnya sehingga di gelar sebagai ANAK HARAM ? apa salah anak yang suci itu ? sehingga digelar dengan nama yang HINA seperti itu .. jika anak yang sekecil itu sudah mampu mengerti apa yang dituturkan kepadanya , pastinya hatinya akan terluka .. Anak itu merupakan utusan Allah .. pernah terfikir dalam berjuta juta sperma yang berebut untuk masuk ke ovum .. kenapa budak itu tercipta ? sempurna fizikalnya lalu ditiupkan roh dan dilahirkan ke dunia ? kejam kah budak itu ? lahir tanpa seorang ayah yang sepatutnya melaungkan azan atau iqamah kepadanya ? anak yang suci ibarat kain putih itu digelar dengan anak haram ? di manakah perikemanusian kita ? siapa kita mahu mengelarnya sebegitu ? siapa kita nak menghakiminya ? entah-entah mulut yang menghakimi itu lebih hina daripada anak yg dihina itu . terkadang sehingga anak itu besar dan dewasa orang masih memandang hina kepadanya hanya kerana dia lahir tanpa sebarang ikatan pernikahan ? pernahkah kita ambil berat pasal perasaannya ? pernahkah kita rasa apa yg dialaminya ? pernahkah kita terbayang jika kita berada ditempatnya ? dimana terpaksa menghabiskan zaman kanak-kanak seorang diri tanpa seorang kawan kerana budak yg lain berasa jijik dengan budak yang lahir tanpa ikatan pernikahan ? tidak dinafikan budak yg mentah sudah boleh berfikir sebegitu rupa .. menghabiskan sisa hidup dengan hinaan . makian dan cemuhan masyarakat ? manusia hanya tahu menghakimi tanpa usul periksa . yah ! itulah manusia dengan ego yang melonjak tinggi dan lidah yang tajam umpama hujung parang .. hanya sekali cakap bagaikan jutaan senjata yang akan mencederakan perasaan . terkadang ingin saja hati ini mengatakan pada dunia yang hidup ini sementara .. nak rasa apa yang anak haram itu rasa ? cubalah kita letakkan diri kita di tempatnya di mana lahir tanpa kasih sayang seorang ayah .. hidup hanya bertemankan seorang ibu ? bangun pagi menjalani hari yang suram ? sunyi ? sendiri ? setiap hari mendengar cemuhan ? makian ? hinaan dari masyarakat ? apa yang kita rasakan ? terluka ? sakit hati ? sedih ? menderita ? apa yang kita rasakan itu adalah yang dirasakan oleh seorang anak yang dilabel sebagai anak haram ! ! sedangkan dia hanyalah mangsa keadaan ... dia cuma mangsa kepada kebodohan seorang lelaki yang tidak bertanggungjawab dan seorang wanita yang tidak tahu akibat atas perbuatanya itu ... siapa yang tahu isihati seorang anak kecil yang digelar anak haram ? terasa hidup di dunia ini hanya untuk dihina .. mungkin juga pernah terdetik dihatinya agar dia tidak dilahirkan dengan nasib yg sebegini atau lebih teruk mungkin dia lebih rela ibunya mengugurkannya ? pernah kita fikir sebegitu ? ya ! oh tidak hanya sebilangan sahaja yg berfikir begitu mungkin hanya sedikit .. anak itu tidak pernah minta dilahirkan kedunia .. dia tidak pernah minta dilahirkan dalam keadaan yang begitu .. itu semua kuasa Allah .. siapa kita mahu menghina dia sedangkan kita juga hina di mata Allah ! selagi ada dosa di atas bahu kiri kita walaupun sebesar zarah sekali pun kita tetap hina di mata Allah ... kenapa perlu kita menggelarkan anak yang suci sebegitu dengan anak haram ? tiada siapa yang layak mengelarnya sebegitu .. fikir sahaja jika itu berlaku dengan keluarga kita ? apa yang kita rasa ? Allahu'alam .... cukuplah derita yang dilalui anak itu .. jangan kita menambahkan lagi derita yang ada di bahunya ... kita cuma manusia biasa yang tidak luput dari melakukan dosa .. tiada istilah anak haram ... tiada istilah anak haram . aku ulang . tiada istilah ANAK HARAM !!!!!!!!
<< | >>