Zariq Ramley
//Space
Lah Tahzan . Inallaha ma'ana .
Rabu, 5 Mac 2014 | 5:42 PG | 0 Galaxy(s)
Assalamualaikum :) alhamdulillah rasa hati semakin pulih . jika kita renung-renungkan kitaran hidup seharian kita memang tiada satu manusia pun yang boleh terlepas dengan ujian Allah.. sama ada kita menyadari atau tidak ujian itu datang silih berganti . terkadang datang secara bertubi-tubi .. kita diuji dengan masa lapang . masa gembira . masa lalu dalam keadaan sempit, sedih , dan sihat . tapi cuba fikir balik wahai sahabat .. terkadang kita merasa lemah disaat Allah menguji kita .. adakah Allah jadikan kita lemah ? adakah Allah sengaja memberikan kita ujian yang bagi kita itu merupakan ujian yang berat sedangkan itu cuma ujian yang setimpal di sisi Allah . pernahkah kita terfikir kenapa Allah menguji kita sebegitu rupa ? tubuh badan kita sentiasa mengikut kata hati kita dan fikiran kita .. jika hati dan fikiran mengatakan kita lemah maka lemah lah kita jadinya.. jika fikiran kata lain dan hati kata lain maka celaru lah kita jadinya .. belajarlah untuk mengatakan pada diri sendiri bahawa kita kuat menempuhi ujian ini .. di saat kita lemah .. tubuh kaku terkujur layu di atas tikar sejadah . mata deras mengalirkan air mata di tikar sejadah .. oleh kerana itu kenapa kita masih mengatakan kita lemah sedangkan kita bersujud diatas tikar sejadah meminta kekuatan dari Allah s.w.t ? Allah berikan kita ujian sebegitu kerana Allah tahu kita kuat menempuhi ujian itu .. orang yang mampu mengatasi masalah yang diberikanNya .. mungkin juga kerana kita adalah orang yang bijak menyelesaikan masalah ... mustahil apa yang berlaku ini tiada hikmahnya ? Allah tidak pernah menguji umatnya diluar kemampuan diri .. Allah tidak pernah menguji umatnya tanpa sebab wahai sahabat .. mungkin hari ini kita derita tapi mungkin hari esok kita bahagia .. siapa yang tahu ? Hanya Allah yang tahu .. mungkin hari ini kita tidak dapat memperolehi apa apa . Esok pula hanya mampu memperolehi sedikit .. kenapa harus berputus asa jika kita masih mempunyai khudrat dari Illahi ? hanya satu kepastiannya wahai sahabat . setiap ujian yang diberikan itu baik ujian kesenangan atau ujian kesusahan ianya tidak akan kekal kerana setiap satu ada sifat pasang surutnya .. ujian ujian itu diturunkan atas sebab yang tertentu dan dibalas dengan hikmah yang besar impaknya .. apa yang kita perlu lakukan hanya bersabar dan berusaha ..
seorang muslim akan tetap diberikan ujian mahupun dugaan sehingga dia berjalan di muka bumi ini tanpa dosa sebesar zarah . - HR. al-bukhari
Hakikatnya kita semua hidup di dunia sementara sahaja cuma yang kekal adalah akhirat sana .. disaat kita dilanda ujian satu perkara asas yang perlu kita buat adalah bersangka baik kerana ujian yang Allah turunkan itu pasti ada hikmahnya .. Ujian ? Musibah ? Dugaan ? Kesenangan mahupun Kesusahan ? itu semua perlu kita terima dengan hati yang terbuka .. memang tidak dapat dinafikan terkadang Ujian yang diberikan itu adakalanya tersangatlah perit bagi kita tetapi boleh jadi itu sebagai Kunci untuk kita merubah diri kita menjadi yang lebih baik .. tanamlah dalam minda kita bahawa Allah sentiasa sayangkan Umatnya .. sentiasa sayangkan umatnya ..

Terkadang kita pernah tewas dek kerana Ujian yang terlalu perih .. siapa yang tak pernah tewas ? semua orang pernah tewas namun kuatnya kita bila kita cuba bangun semula daripada ketewasan itu dan bangkit berjuang melawan ujian itu seraya memperbaiki diri kita sendiri .. siapa yang boleh ubah kita ? tiada siapa melainkan diri kita sendiri .. minda itu kunci kepada diri sendiri .. rosak minda rosak lah diri ... Persoalannya ? siapa manusia yang tewas langsung bangkit kembali dengan senyuman ? adakah aku ? adakah kau ? adakah kita semua ?

Fitrahnya manusia memang suka kepada kebaikan walaupun sering melakukan kejahatan .. kita selalu gembira apabila mendapat apa yang kita mahukan ? betul bukan ? tapi disebabkan ego yang tiada mempunyai batas dan tembok dalam diri kita sendiri tidak kuat maka kita selalu tewas dalam mengikut pertunjuk hati yang kita sendiri tidak pasti ... hakikatnya kita suka pada kebaikan tapi kenapa manusia yang sukakan kebaikan itu boleh melakukan kejahatan yang teramat ? cuba tanya pada diri ? egokah aku ? salahkan aku ? jahatkah aku ? apa yang aku kejar dalam dunia ini ? adakah kemewahan duniawi atau kemewahan syurgawi ? Allah menurunkan secebis kaasih sayang dalam diri kita .. kerana kasih sayang itulah terjalinnya hubungan perasaan sayang dengan manusia yang lain . dan kerana kasih sayang itu jugalah yang mampu membawa kita ke syurga .. tapi janganlah alpa wahai sahabat .. kerana sifat kasih sayang itulah juga ramai manusia yang menggunakannya kejalan yang tidak benar . cuba bayangkan jika kita kehilangan kasih sayang ? apa yang akan terjadi pada kita ? mengemis rasa sayang dari orang lain ? Dapatkah kau rasakan itu ? munasabahlah dirimu agar tidak terlalu berharap atau bergantung dengan orang lain ..

Memang semua orang inginkan  kasih sayang tapi tidak semua orang boleh mendengar raungan batin dalam hati ini . ada yang hanya mengendahkannya begitu sahaja malahan ada yang menjadikannya sebagai mainan hidup . Allahuakbar .. tidakkah kau rasa kasihan pada jiwa dan hati yang merintih kasih sayang ini ? di mana perikemanusiaan mu ? Tidak perlu menunding jari pada orang lain .. lihat sahaja pada diriku ini .. cara orang memandang diriku bagai kelam dan suram dan dilabel sebagai seorang yang tida berguna bila gagal dalam sesuatu perkara . mengapa manusia menghukum sesama manusia sekejam itu ? kenapa hidup ini digelar perjuangan ? sebab kita merupakan Pejuangnya dan seorang khalifah .. tepuk dada tanya iman . adakah kita pantas meraih kasih sayang dari manusia ? kejamkah kita jika memainkan rasa sayang manusia ? Egokah kita bila kita mahukan kasih sayang yang mencukupi ?

<< | >>