Salahkah aku ? Egokah aku ? Jahatkah aku ?
Selasa, 4 Mac 2014 | 8:15 PTG | 0 Galaxy(s)
![]() |
| I always be there when you need me.. and you ? |
heeeee :) awal pagi dah update blog ... sebab kelas semua cancel .. so duduk dalam bilik je lah kerja aku .. hari semakin hari aku tengok aku dan mucuk dah makin renggang .. siap bergaduh lagi semalam dan sampai sekarang tak berbaik lagi ..aku dah tak tahu nak cakap apa .. dekat siapa aku nak mengadu pun aku tak tahu ...before kita orang gaduh semalam ..aku ada mengadu dekat dia .. aku cakap aku rindu dekat dia sehingga air mata jatuh mengalir membasahi pipi ... dan aku tanya dia ..
Aku : "adakah ini permulaan terpisahnya kita ?"
Dia : " jangan nak fikir bukan bukanlah.. i tak suka tau tak.. kalau nak sgt perpisahan tu berlaku suka hatilah k . baru 2 hari agak bz dah mcm ini. fikirlah i bukan suka2. banyak benda nak kena fikir. pape jelahhh ..habis tu dia terus diam .. aku wechat dia tak balas .. aku msj pun tak balas .. aku call pun tak balas .. Salahkah aku ? Egokah aku ? pertanyaan aku yang penuh tanya itu dijawab dengan jawapan yang dingin ...aku bertanya bergitu bukan suka suka .. aku cuma mahu dia faham apa yg aku rasa .. dia cuma mahu dia legakan perasaan aku tapi bukan itu yang terjadi maka sebaliknya dia menjawab pertanyaan aku dengan dingin ... tak pernah kah dia fikirkan aku dekat sini d mana tiap hari tunggu dia .. fikir pasal dia .. di setiap hari hariku.. aku sentiasa tertanya-tanya . dia dah bangun belum ? dah sarapan belum ? dah smpai tempat kerja belum ? dah makan tengah hari ke belum . dah balik kerja ke belum ? dia tak rindu aku ke ? tiap hari benda yg sama berada di fikiran aku .. tidakkah kau terfikir sebegitu wahai sayangku ? aku sentiasa cuba jaga hati dia even hati aku yg terluka .. semalam aku dah cuba pujuk dia .. aku dah minta maaf . sampai aku dah tak tahu mcm mana nak pujuk dia .. akhirnya airmata jatuh membasahi pipi mengenangkan perhubungan ini .. aku cuba untuk mencari di mana salah aku . sedangkan aku cuma nak kan pujukkan dan kata kata semangat .. salahkah aku bila aku merasa takut kehilangan mu ? egokah aku bila aku cuba untuk meleraikan rindu ku ? jahatkah aku bila aku selalu cuba untuk mengambil tahu tentang aktivitimu ? akhirnya air mata itu menjadi peneman tidur ku .. dan aku terbangun di subuh hari kerana mimpi yang dia datang memujuk ku .. sekali lagi hati ini luluh mengenang perkara semalam .. jahat sangat ke aku hingga aku diperlakukan macam ini ? melihat jam tangan pemberian ayah yang tersimpan rapi di sebelah bantal .. jam menunjukkan 5.30 pagi .. aku bangun dan terus menunaikan solat subuh ... terdetik di hati aku nak menghantar sistem pesanan ringkas kepada dia agar bangun menunaikan solat subuh tapi dalam masa yg sama HATI ini berkata :
" kau tak ingat ke apa terjadi semalam ? kenapa kau masih nak hantar sms sedangkan ada kemungkinan yang dia masih marah dekat kau ? sedar diri lah sikit jarik"
pantas aku meletakkan handphone cikai aku tu kembali ke atas meja belajar .. setelah selesai menunaikan solat subuh .. langsung aku mencapai I-pad yang aku simpan di dalam rak belajar semalam dan aku buka perbualan kami semalam .. berkali-kali aku baca ayat yang dia kirimkan dekat aku dan terus terdetik di fikiran aku sekali lagi .. kenapa dia marah sampai macam itu ? besar sangat ke kesalahan aku ? siapa aku pada dia ? terkadang dia buat aku keliru dengan diri aku sendiri . tanpa aku sedari alarm i-pad aku berbunyi dan jam menunjukkan jam 7.20 .. seperti biasa aku mencapai handphone cikai itu dan aku cari nama dia dan aku menekan punat maya "call" .. 5 kali aku call dia tak jawab .. aku hairan .. kebiasaanya bila aku call pada jam 7.20 dia akan sambut .. sekali call terus dia sambut .. aku bertanya pada diri sendiri "adakah dia masih memarahi ku" HATI menjawab : "memang dia masih memarahi kau .. jika dia tidak memarahi kau dia pasti menjawap panggilan mu .. lihatlah apa yang kau sudah lakukan jarik .. lihatlah" menitis air mata bila memikirkan peristiwa semalam .. aku cuba call lagi dan bila aku call lagi handphone itu telah pun dimatikan ... apa yg aku rasa pada waktu itu ? ALLAH sahaja yang tahu .. sampai begitu sekali kemarahan yang dilemparkan pada aku .. jahat sangat ke aku sampai marah mcm tu sekali ? aku mencapai tuala dan terus pergi membersihkan diri kerana takut terlewat untuk pergi mengunjungi karnival pesta ria yang berlangsung di perkarangan dewan kuliah .. sejurus sahaja aku sampai dari bilik mandi terus aku mencapai handphone cikai tu dan cuba untuk membuat panggilan lagi .. sangkaan ku benar belaka ..dia memang dah turn off kan handphone dia .. luluhnya hati ketika itu hanya Allah yang tahu ... kalau ikutkan hati memang aku nak je makan pil tidur yang aku beli bulan lalu .. biarlah aku tidur tanpa berfikir sebarang masalah .. aku membatalkan niatku berbuat demikian kerana aku sudah berjanji dengan kawan sekelas aku untuk pergi ke pesta ria itu .. sekurang kurangnya tidaklah aku terus menerus melayan perasaan sedih aku ni .. lama kelamaan aku layan mungkin aku boleh jadi gilaa .. kalau jadi gila pun best juga sebab tak perlu fikir masalah aku .. aku cuba send pesanan ringkas dekat dia ... aku cuba luahkan apa yg aku rasa walaupun hanya seringkas yg boleh .. ringkas macam itu pun dah mampu buat airmata jatuh sampaikan roomate aku sendiri hairan tengok aku .. tiba-tiba aku dengar suara yang berkata :
Jangan menangis .. tidak baik mengalirkan airmata di awal pagi nanti Allah tak bagi rezeki .. kuatkan diri tu jangan cepat sangat jadi lemah ... hapus airmata tu cuba senyum ..pergilah happykan diri dekat karnival pesta ria tu ...zappppp .. melopong mulut aku dengar apa yg roomate aku cakap kan tu .. cepat-cepat aku hapus air mata itu .. memang betul apa dia kata .. aku cuma terlalu lemah .. lemah aku sebab aku diuji melalui insan yang aku sayang .. kenapa seberat ini ujian Allah kepada ku . kenapa ? aku langsung tidak mempedulikan percakapan roomate aku sebab terlalu focus nak hantar pesanan ringkas dekat orang yg aku sayang .. sebaik sahaja aku tekan punat maya "send" belum sampai 10 saat .. pulp ! 1 new message ! aku fikirkan dari dia rupanya dari maxis .. celakaaa betul ...
Your SMS didnt reach 013******* as the phone is switch off. it'll be sent once the phone is switched on..to STOP this alerts.....bla bla blaHampanya hati aku waktu itu .. tanpa berfikir panjang aku terus berdiri dan memakai kasut ..aku malas nak fikir kan nanti jadi filem hindustan pulak dekat bilik ni asyik nak menangis .. sebelum keluar dri bilik memang kebiasaannya aku akan bercermin terlebih dahulu .. bila aku lihat cermin itu .. HATI berkata :
"dont stop tears jarik .. you're tears because you've strong before this .. dont give up . you're strong enough boy .. you're not born to make other people life being PERFECT ! you're born because you're lucky .. throw out the sadness and smile like usual"aku mengukir senyuman dan berkata "handsome juga kau ni jarik.. you look smart when wearing casual.. rugget .. haha " perangai gila aku dah datang balik .. aku melangkah pergi ke karnival pesta ria .. tempat yang pertama aku tuju ialah kedai buku .. mencari buku agama yang boleh mengembalikan semangat aku untuk menjalani hidup aku yang tidak seberapa nak indah ini . cehh puik ! dramatis ... setiba aku di kedai buku itu .. tiba tiba.........................
.jpg)